NIOSH : Tawaran Program 'Workplace Improvement Need Analysis' (WINA) Secara Percuma

Published: Wed, 08/18/21


Tawaran Program 'Workplace Improvement Need Analysis' (WINA) Secara Percuma


Assalamualaikum W.B.T / Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman, pihak Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berhasrat menawarkan program Workplace Improvement Need Analysis (WINA) secara PERCUMA kepada Jabatan Kerajaan / Agensi Kerajaan / Organisasi yang berminat. Program ini boleh dijalankan secara atas talian (dalam tempoh PKP) atau Lawatan ke organisasi (selepas PKP tamat).

Berikut adalah penerangan berkaitan program Workplace Improvement Need Analysis (WINA) untuk rujukan tuan/puan :-


1. Apakah yang dimaksudkan dengan WINA?
    Workplace Improvement Need Analysis (WINA) adalah satu kaedah menganalisa   

     tempat kerja melalui pemerhatian tempat kerja melalui:
  1. Pemeriksaan dokumentasi berkenaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)
  2. Pemeriksaan tempat kerja (di sekitar kawasan kerja untuk melihat keadaan fizikal
  3. Temu ramah (bersama pihak yang berkenaan seperti wakil bahagian safety, HR, operasi dan penyelenggaraan dan sebagainya)

2. Bagaimanakah WINA dijalankan?
    Program akan mengambil masa lebih kurang 2 jam dan merangkumi:
  1. Penerangan tentang WINA
  2. Pemerhatian dan pemeriksaan tempat kerja (termasuk temuramah)
  3. Penerangan tentang dapatan awal berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan
     
3. Siapakah yang perlu terlibat di dalam sesi WINA?
  1. WINA akan dijalankan oleh pihak NIOSH
  2. Wakil daripada organisasi (Bahagian Keselamatan/ Pengurusan)
4. Apakah kebaikan WINA?
  1. Satu salinan laporan dapatan pemerhatian yang mengandungi senarai penambahbaikan KKP akan diberikan kepada organisasi.
  2. Pihak organisasi boleh menjadikan laporan tersebut sebagai rujukan untuk merancang program penambahbaikan KKP di tempat kerja selari dengan keperluan perundangan KKP (Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 & Akta Kilang dan Jentera 1967) serta piawaian yang berkaitan.

Sekiranya pihak tuan/puan berminat dan bersetuju dengan tawaran yang diberikan, mohon untuk mengisi borang senarai semak WINA (Pre-checklist) dan kembalikan kepada NIOSH sebelum sesi dijalankan.

Berikut adalah pautan soal selidik WINA: 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfh6jBhKeZeevvtDlbgLSH_j3aZ7832CH0Vn2J8QzFpOcQkZQ/viewform

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh menghubungi pihak pegawai NIOSH iaitu En Syed Muhammad bin Syed Idros ditalian 013-7376911 atau email ke eec@niosh.com.my untuk keterangan lanjut.
Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian Terima Kasih

 
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Pembudayaan Norma Baharu Dalam Dunia Pekerjaan Sejagat"



NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


NIOSH Pejabat Wilayah Selatan (Johor Bahru)
No10, Jalan Persiaran Teknologi 

Taman Teknologi Johor
81400 Senai, Johor.
T: 07-599 1200 F: 07-5991400

sro@niosh.com.my  www.niosh.com.my




(This is computer generated notice. Please do not reply to this email.)

Copyright © 2020 NIOSH Malaysia. All rights reserved.
You've received this email because you subscribed to NIOSH Mailing List at http://www.niosh.com.my