RALAT : Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 60 Peringkat NIOSH 2017
Published: Fri, 08/11/17
Hi Y.Bhg/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Puan/Mr/Ms ,
Assalamualaikum dan Salam Negaraku Sehati Sejiwa,
Tuan / Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak NIOSH akan mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 60 Peringkat NIOSH 2017 yang akan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH seperti butiran berikut;
Tarikh : 15 Ogos 2017
Masa : 8.45 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Perkarangan Parkir, Bangunan Utama NIOSH (berhadapan dengan pagar masuk utama)
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa . Penetapan Negaraku Sehati Sejiwa sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun 2017 adalah bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu untuk menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai.
Justeru itu, pihak NIOSH dengan sukacitanya menjemput Tuan / Puan untuk bersama-sama memeriahkan lagi Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan Brosur Program dan Slip Jawapan Kehadiran untuk tindakan pihak Tuan / Puan.
Semoga dengan kehadiran Tuan / Puan akan dapat memeriahkan lagi sambutan dan menyemarakkan semangat partiotisme serta memperluas dan memperkukuh semangat kekitaan sesama kita.
Minum pagi dan Cenderahati disediakan bagi tetamu yang hadir.
Hadiah Istimewa menanti bagi tetamu yang berpakaian mengikut Tema Hari Kemerdekaan dan akan di pilih sebagai pemenang 'PAKAIAN TERCANTIK".
Sekian. Terima Kasih.
(This is computer generated notice. Please do not reply to this email.)
Copyright © 2017 NIOSH Malaysia. All rights reserved.
You've received this email because you subscribed to NIOSH Mailing List at http://www.niosh.com.my