Jemputan Menyertai Kejohanan Futsal Tertutup Anjuran NIOSH

Published: Mon, 03/13/17



Hi Y.Bhg/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Puan/Mr/Ms  yang dihormati sekalian,
 
JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP ANJURAN NIOSH

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup seperti butiran berikut :

Tarikh                                      :           6 Mei 2017
Tempat                                    :           Galaxy Futsal, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor
Bayaran 1 Pasukan                  :           RM700 (8 orang 1 Pasukan)
Tarikh Tutup Penyertaan          :           7 April 2017
 
 
Untuk makluman pihak Tuan/Puan, objektif penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup ini adalah sebagai platform bagi mengeratkan silaturrahim di antara pihak NIOSH dan peserta serta di dalam usaha menerapkan budaya kesukanan dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas.
 
Bersama-sama dengan ini, disertakan brosur, syarat-syarat kejohanan serta Borang Pendaftaran Kejohanan untuk maklumat dan tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya. Untuk sebarang maklumat, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi En. Ahmad Syazrin 012 – 250 9284 atau Cik Fatin Zaikiah Dul Wahab 013 – 296 6654 atau emel kepada kksi.niosh@gmail.com.
 
Sekian, terima kasih.
 
Yang Benar


Sekretariat KKSI NIOSH
National Institute of Occupational Safety and Health. 
Malaysia 



(This is computer generated notice. Please do not reply to this email.)


Copyright © 2017 NIOSH Malaysia. All rights reserved.
You've received this email because you subscribed to NIOSH Mailing List at http://www.niosh.com.my