Program 1MalaysianGrip untuk Kursus Safety and Health Officer (SHO) dan Site Safety Supervisor (SSS)

Published: Thu, 09/29/16


Hi Y.Bhg/Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Puan/Mr/Ms ,

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera,

Tuan/Puan

 
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak NIOSH menawarkan KURSUS SECARA PERCUMA  menggunakan dana khas bantuan kerajaan Program 1MalaysianGrip bagi Kursus Safety and Health Officer (SHO) di Pejabat Bandar Baru Bangi dan Kursus Site Safety Supervisor (SSS) di Pejabat Wilayah Kotakinabalu dan Bintulu kepada semua syarikat yang telah berdaftar di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Sehubungan dengan itu, syarikat yang berdaftar di bwah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan yuran kursus akan ditolak 30% dari levi syarikat.

Pihak NIOSH juga berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan syarikat tuan/puan sekiranya dokumen – dokumen yang dikemukan adalah tidak lengkap. Kesemua borang permoonan WAJIB disahkan iaitu dicop dan ditandatangani oleh majikan.

Sila layari website untuk maklumat lanjut di (www.niosh.com.my).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai NIOSH iaitu:

Pn. Nora Amy (NIOSH Bangi) 03-8911 3820
En. Richie  (NIOSH Kota Kinabalu) 088-264 252
En. Azri (NIOSH Bintulu) 086-311 500
 
Sekian terima kasih.

Copyright © 2016 NIOSH Malaysia. All rights reserved.
You've received this email because you subscribed to NIOSH Mailing List at http://www.niosh.com.my