Soal Selidik Perusahaan Kecil dan Sederhana
Published: Wed, 04/02/14

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman pihak tuan/puan,
Pihak NIOSH sedang menjalankan satu kajian bertajuk "Mengkaji, Mencadang dan Membuat Pelan Tindakan Penambahbaikan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Dalam Sektor Kemudahan Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)".
Oleh itu, sekiranya pihak tuan/puan bekerja dalam sektor kemudahan dan tergolong dalam kategori PKS, tuan/puan dimohon untuk menjawab soal selidik ini bagi membantu pihak NIOSH dalam menjalankan penyelidikan ini. Berikut adalah pautan bagi soal selidik tersebut, soal selidik PKS.
Kerjasama & perhatian tuan/puan amatlah kami hargai. Sebarang pertanyaan boleh berhubung pegawai kanan kami di talian 03-87692226/03-87692200 .
Sekian, terima kasih.
* Sila abaikan emel ini sekiranya tidak berkaitan.
NIOSH,Malaysia